::::........My TRUE Love just for ALLAH...RASULULLAH S.A.W...and specially just for MAK & AYAH........::::

" Lebih baik terlanggar tiang menundukkan PANDANGAN daripada terlanggar agama menurut panahan syaitan... "
:: ... sayaxtaunamablogsaya.blogspot.com ... Saya orang Penang dari Kedah ... perkongsian ilmu dan kisah kehidupan ... ::

Tuesday 25 October 2011

Hijrah~



Assalamualaikum w.b.t...

Apa kbr sahabat semua?? Harap semua berasa dlm keadaan sihat sejahtera di samping amal ibadah kita yg berterusan kpd Allah yg maha Esa...

Lama aku x update blog nie...skang ni pun sj ja update sementara dok kat cc nie...nk bgtau sket, hari tu aku ada terbaca kat sbuah paper nie...dia ada cita pasai sesetengah artis tanah air kita dah berhijrah...bkn berhijrah pindah rumah tau tapi berhijrah , berubahkan diri daripada yg kurang baik kpd yg lebih baik...

Maksudnya mereka ni telah menerima hidayah daripada Allah...Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat Ilahi keran mereka nie telah berjaya menemui jalan yg diredhai Allah...walaupun hidup mereka dahulunya penuh dgn perkara2 yg lagha tapi skrg mereka berubah dan sedaya upaya berdakwah kpd para peminat mereka utk menyebarkan syiar Islam...Insyaallah...

Sama2lah kita berdoa supaya kita juga diberi hidayah oleh Allah seperti mereka ini...tidak semua orang mendapat kelebihan ini...

Insyaallah...aku akan post nt artis2 yg telah berhijrah ni dlm entri akan dtg... ^_^

"Ya Allah...janganlah Engkau tarik kembali hidayah yg telah Engkau berikan kepadaku...amin...."

Monday 26 September 2011

Hukum Hudud...Tidak Realitikah...??




Assalamualaikum w.b.t sahabat2 sekalian...

Entri aku kali ni tentang isu yg hangat diperkatakan sekarang ini...hukum HUDUD...aku tulis ni bkn berdasarkan atas menyokong mana2 parti politik atau yg berkaitan dengannya...aku tulis nie berdasarkan apa yg aku faham dan belajar selama nie...apa yg aku lihat dan apa yg aku tahu...

Aku xmau tulis byk tp aku nk ampa semua lihatlah skrg ini...disaat kita manusia yg hidup pada akhir zaman...perlukah kita bertengkaq(bergaduh) semata2 ingin memastikan parti politik yg dipimpin itu menang...?? Bertengkaq sekalipun perkara yg disuruh itu adalah perintah daripada ALLAH S.W.T....perlukah...?? Kita semua tahu itu adalah perintah ALLAH...tapi kenapa masih ada pihak yg masih ingin mempertikaikan apa yg diperintahkan dengan mengatakan bahawa hukum itu tidak kena, tidak bersandarkan pada REALITI!! Tidak sesuai utk negara yg penuh dgn pelbagai kaum ini iaitu negara MALAYSIA tanah air kita yg tercinta....

Tapi...negara kita kan negara ISLAM...agama rasmi kita adalah agama ISLAM...salahkah kita menjalani hukum2 ISLAM di sebuah negara ISLAM yg majoriti rakyatnya adalah umat ISLAM...?? Salahkah...?? Tidak realitikah menjalani hukum2 ISLAM di sebuah negara ISLAM...?? Sama2lah kita fikirkan...

Lihatlah karikatur2  daripada akhbar2 ter"femes" kat Malaysia ini yg agak menghina hukum ISLAM kerana ada pihak yg ingin laksanakan hukum HUDUD di negara ISLAM ini...

: Islam agama yg mudah...setiap mslh ada penyelesaiannya



: Gambar ini amat jelas menghina hukum Islam...
dengan mengatakan hukum HUDUD seperti lagu2 klasik...
perlukah sampai begini sekali...??




Jadi...kepada semua sahabat2ku sekalian...perlukah sampai begini hukum ISLAM dihina di negara ISLAM sendiri..?? Perlukah..?? Untuk memudahkan lagi pemahaman ampa semua...mai kita semua sama2 lihat antara 2 video ini...lihat dahulu baru anda faham...


: ini adalah kata2 daripada mulut pemimpin kita yg mengatakan hukum HUDUD tidak bersandarkan kepada REALITI...
: ini pula daripada Ustaz Azhar Idrus...ada penyelesaiannya utk org bukan ISLAM...

Justeru, kepada semua sahabat2 sekalian...sama2lah kita fikirkan yg mana benar...yg mana betul dan yg mana REALITI utk kehidupan kita sebagai umat ISLAM di negara ISLAM yg bergelar MALAYSIA...Ingat...ada penyelesaiannya utk setiap masalah yg berlaku...Tidak perlulah takut dengan REALITI hukum HUDUD ini jika kita tidak melakukan apa2 kesalahan...
 

~maaf jika ada salah dan silap...yg baik daripada Allah...yg buruk daripada diri saya sendiri...~

~entri yg penuh dengan perkataan ISLAM utk menyedarkan kita bahawa kita adalah umat ISLAM~

Penulisan asli daripada Na'im_119....pesanan dan nasihat utk diri sendiri dan para sahabat sekalian...^^,

Sunday 25 September 2011

Bertudung yang Tidak Sempurna...~

1. Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

2. Bertudung tetapi dengan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.  

3. Bertudung tetapi baju kurungnya terbelah kainnya. 

4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’. 

5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambuldan/atau hujung rambutnya. 

6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya. 

7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung. 

8. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. 

9. Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan anak rambut. 

10. Bertudung tetapi tidak menutup kaki (memakai stokin). Kaki juga adalah aurat wanita. 

11. Bertudung tetapi tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. 

12. Bertudung tetapi penuh dengan hiasan di kepala yang menarik orang lain untuk melihatnya. 

13. Bertudung tetapi menggunakan wangian berlebihan. 

14. Bertudung tapi memakai kasut bertumit tinggi yang menghasilkan bunyi apabila berjalan, justeru menarik perhatian orang sekeliling. 

15. Bertudung itu hanya apabila memasuki kawasan masjid, menghadiri kenduri perkahwinan atau arwah. 

16. Bertudung hanya apabila hadirnya “lelaki yang bukan ahli keluarga”. Apabila bersama sepupu lelaki, tidak perlu bertudung, sedangkan apabila kita bersalaman dengan mereka pasti terbatal wudhu’ kita. Dengan itu, sepupu lelaki adalah bukan mahram dan wajib menutup aurat di hadapan mereka. 

17. Bertudung, tetapi menayangkan foto tidak bertudung di alam maya (e.g. Facebook). 

18. Bertudung tetapi memakai make-up yang berlebihan.
 
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”[Surah Al-Ahzab : 59]
Aku perhati atau melihat dalam syurga , maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA.hadis Riwayat Bukhari ]
 
 "Iman seakan-akan menjerit apabila melihat mereka yang yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna.Sedarlah duhai wanita kalian dikasihi ALLAH tutuplah auratmu dengan sempurna !"  

LelakI Soleh IdaMan WaniTa soLehah~

LELAKI SOLEH IDAMAN WANITA SOLEHAH........

Tatkala seorang jejaka memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah "handsome kah aku?", "adakah otot-otot aku semantap Arnold Schwarzenegger?" dan seumpanya.

Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut ketika memandang cermin :
...
1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?

2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudup aku?

3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?

4. Selama ini adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah?

5. Ikhlaskah aku dalam beramal?

6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?

7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?

8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?

9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?

10. Adakah solat malam menjadi kebiasaan aku?

11. Adakah aku bertawakkal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?

12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?

13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?

14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?

15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?

16. Adakah aku seorang pemaaf?

Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah positif belaka, maka anda memiliki ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita solehah!

"LELAKI YG BAIK UNTUK WANITA YANG BAIK..." insyaAllah...=)

sumber

Friday 23 September 2011

Tanda Kematian untuk Orang Islam~





Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.




Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan:

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kesimpulan

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM.

sumber : sumber

RAMLI...Nama Seorang Melayu di Eropah...~


Assalamualaikum...wahai sahabat2 semua...waktu2 final mcm nie lah aku jd rajin sgt nk update blog nie...xtau la ada org baca ka dak...semalam ja 2 kali aku update...hahaha...xpa la...kali ni aku nk update pasai seseorang...seseorang yg bernama RAMLI.... hehehe....

: ni la RAMLI....

Ok...Semenjak 2 menjak nie ramai org dok sebut2 pasai RAMLI...semuanya gara2 iklan TM yg berdurasi selama 1 minit lebih kat tv dan internet baru2 nie....apa2 pun iklan nie mmg best la baq ang...boleh menaikkan inspirasi seseorang ooOOO....ha la..dari kecik dok men bola, tp bapak x suka pastu akhirnya dpt men kat MU...haha..terbaikkan.....^^,

Bayangkanla klu ada rakyat Malaysia yg dpt p men kat MU sana tu ataupun men kat mana2 kelab ternama eropah la....BARCA ka...CHELSEA ka...apa2 ja la..mst kita bangga kan...apa2 pun meh kita semua melayan video yg best gila nie hehehehe....




Best x video dia...best kan...kepada adik2 kat luaq sana...ampa jgn smpai x blajaq lak sbb nk men bola mcm RAMLI...dia xpa la dah berjaya..kita punya masa depan kita xtau lagi...jd jgnlah musnahkan masa depan ampa tau...blajaq lek lok k demi mak ayah ampa....depa sentiasa mgharapkan KEJAYAAN ampa semua....^^,


Akhir skali, apa2 pun marilah kita doakan kejayaan SAFEE SALI yg sdg mnjalani latihan bersama kelab CARDIFF CITY kot klu x silap la...smoga dia berjaya men bersama kelab eropah tersebut...dgr kata dia dah boh byk gol masa dok wat latihan kat sana...yg lebih best, dia digelar DAVID BECKHAM MALAYSIA oleh media sana...Tahniah SAFEE SALI!! Semoga berjaya!!






Majulah RAMLI utk MALAYSIA!! hahaha~

Thursday 22 September 2011

Kisah Lucu Yang Perlu Kita Fikirkan~


Lawak jenaka sememangnya menjadi pengubat duka ketika kita sedang bersedih hati. Kisah-kisah lucu mampu untuk membuat kita bergelak ketawa melupakan sebentar kesedihan yang melanda diri kita. 

Saya ingin berkongsi kisah-kisah lucu yang mungkin agak berlainan dari yang biasa kita dengar atau baca


Ambillah sebagai pengajaran.. …….terkadang kita lupa diri kita sebenarnya… apa yang kita nampak ialah keburukan orang lain.

Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke Mid Valley.

Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung. 

Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan 

Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang perpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang. 

Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap. 

Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar. 

Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.

Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,  tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip. 

Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mail layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran. 

Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman,berpikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa. 

Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai lewat email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering mesti berpikir dua-kali. 

LUCU TAK?


Sumber: http://mediaserius.com

...Follow me if you get something new from this blog...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...