::::........My TRUE Love just for ALLAH...RASULULLAH S.A.W...and specially just for MAK & AYAH........::::

" Lebih baik terlanggar tiang menundukkan PANDANGAN daripada terlanggar agama menurut panahan syaitan... "
:: ... sayaxtaunamablogsaya.blogspot.com ... Saya orang Penang dari Kedah ... perkongsian ilmu dan kisah kehidupan ... ::

Monday 26 September 2011

Hukum Hudud...Tidak Realitikah...??




Assalamualaikum w.b.t sahabat2 sekalian...

Entri aku kali ni tentang isu yg hangat diperkatakan sekarang ini...hukum HUDUD...aku tulis ni bkn berdasarkan atas menyokong mana2 parti politik atau yg berkaitan dengannya...aku tulis nie berdasarkan apa yg aku faham dan belajar selama nie...apa yg aku lihat dan apa yg aku tahu...

Aku xmau tulis byk tp aku nk ampa semua lihatlah skrg ini...disaat kita manusia yg hidup pada akhir zaman...perlukah kita bertengkaq(bergaduh) semata2 ingin memastikan parti politik yg dipimpin itu menang...?? Bertengkaq sekalipun perkara yg disuruh itu adalah perintah daripada ALLAH S.W.T....perlukah...?? Kita semua tahu itu adalah perintah ALLAH...tapi kenapa masih ada pihak yg masih ingin mempertikaikan apa yg diperintahkan dengan mengatakan bahawa hukum itu tidak kena, tidak bersandarkan pada REALITI!! Tidak sesuai utk negara yg penuh dgn pelbagai kaum ini iaitu negara MALAYSIA tanah air kita yg tercinta....

Tapi...negara kita kan negara ISLAM...agama rasmi kita adalah agama ISLAM...salahkah kita menjalani hukum2 ISLAM di sebuah negara ISLAM yg majoriti rakyatnya adalah umat ISLAM...?? Salahkah...?? Tidak realitikah menjalani hukum2 ISLAM di sebuah negara ISLAM...?? Sama2lah kita fikirkan...

Lihatlah karikatur2  daripada akhbar2 ter"femes" kat Malaysia ini yg agak menghina hukum ISLAM kerana ada pihak yg ingin laksanakan hukum HUDUD di negara ISLAM ini...

: Islam agama yg mudah...setiap mslh ada penyelesaiannya



: Gambar ini amat jelas menghina hukum Islam...
dengan mengatakan hukum HUDUD seperti lagu2 klasik...
perlukah sampai begini sekali...??




Jadi...kepada semua sahabat2ku sekalian...perlukah sampai begini hukum ISLAM dihina di negara ISLAM sendiri..?? Perlukah..?? Untuk memudahkan lagi pemahaman ampa semua...mai kita semua sama2 lihat antara 2 video ini...lihat dahulu baru anda faham...


: ini adalah kata2 daripada mulut pemimpin kita yg mengatakan hukum HUDUD tidak bersandarkan kepada REALITI...
: ini pula daripada Ustaz Azhar Idrus...ada penyelesaiannya utk org bukan ISLAM...

Justeru, kepada semua sahabat2 sekalian...sama2lah kita fikirkan yg mana benar...yg mana betul dan yg mana REALITI utk kehidupan kita sebagai umat ISLAM di negara ISLAM yg bergelar MALAYSIA...Ingat...ada penyelesaiannya utk setiap masalah yg berlaku...Tidak perlulah takut dengan REALITI hukum HUDUD ini jika kita tidak melakukan apa2 kesalahan...
 

~maaf jika ada salah dan silap...yg baik daripada Allah...yg buruk daripada diri saya sendiri...~

~entri yg penuh dengan perkataan ISLAM utk menyedarkan kita bahawa kita adalah umat ISLAM~

Penulisan asli daripada Na'im_119....pesanan dan nasihat utk diri sendiri dan para sahabat sekalian...^^,

Sunday 25 September 2011

Bertudung yang Tidak Sempurna...~

1. Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

2. Bertudung tetapi dengan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.  

3. Bertudung tetapi baju kurungnya terbelah kainnya. 

4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’. 

5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambuldan/atau hujung rambutnya. 

6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya. 

7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung. 

8. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. 

9. Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan anak rambut. 

10. Bertudung tetapi tidak menutup kaki (memakai stokin). Kaki juga adalah aurat wanita. 

11. Bertudung tetapi tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. 

12. Bertudung tetapi penuh dengan hiasan di kepala yang menarik orang lain untuk melihatnya. 

13. Bertudung tetapi menggunakan wangian berlebihan. 

14. Bertudung tapi memakai kasut bertumit tinggi yang menghasilkan bunyi apabila berjalan, justeru menarik perhatian orang sekeliling. 

15. Bertudung itu hanya apabila memasuki kawasan masjid, menghadiri kenduri perkahwinan atau arwah. 

16. Bertudung hanya apabila hadirnya “lelaki yang bukan ahli keluarga”. Apabila bersama sepupu lelaki, tidak perlu bertudung, sedangkan apabila kita bersalaman dengan mereka pasti terbatal wudhu’ kita. Dengan itu, sepupu lelaki adalah bukan mahram dan wajib menutup aurat di hadapan mereka. 

17. Bertudung, tetapi menayangkan foto tidak bertudung di alam maya (e.g. Facebook). 

18. Bertudung tetapi memakai make-up yang berlebihan.
 
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”[Surah Al-Ahzab : 59]
Aku perhati atau melihat dalam syurga , maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA.hadis Riwayat Bukhari ]
 
 "Iman seakan-akan menjerit apabila melihat mereka yang yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna.Sedarlah duhai wanita kalian dikasihi ALLAH tutuplah auratmu dengan sempurna !"  

LelakI Soleh IdaMan WaniTa soLehah~

LELAKI SOLEH IDAMAN WANITA SOLEHAH........

Tatkala seorang jejaka memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah "handsome kah aku?", "adakah otot-otot aku semantap Arnold Schwarzenegger?" dan seumpanya.

Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut ketika memandang cermin :
...
1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?

2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudup aku?

3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?

4. Selama ini adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah?

5. Ikhlaskah aku dalam beramal?

6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?

7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?

8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?

9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?

10. Adakah solat malam menjadi kebiasaan aku?

11. Adakah aku bertawakkal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?

12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?

13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?

14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?

15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?

16. Adakah aku seorang pemaaf?

Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah positif belaka, maka anda memiliki ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita solehah!

"LELAKI YG BAIK UNTUK WANITA YANG BAIK..." insyaAllah...=)

sumber

Friday 23 September 2011

Tanda Kematian untuk Orang Islam~





Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.




Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan:

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kesimpulan

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM.

sumber : sumber

RAMLI...Nama Seorang Melayu di Eropah...~


Assalamualaikum...wahai sahabat2 semua...waktu2 final mcm nie lah aku jd rajin sgt nk update blog nie...xtau la ada org baca ka dak...semalam ja 2 kali aku update...hahaha...xpa la...kali ni aku nk update pasai seseorang...seseorang yg bernama RAMLI.... hehehe....

: ni la RAMLI....

Ok...Semenjak 2 menjak nie ramai org dok sebut2 pasai RAMLI...semuanya gara2 iklan TM yg berdurasi selama 1 minit lebih kat tv dan internet baru2 nie....apa2 pun iklan nie mmg best la baq ang...boleh menaikkan inspirasi seseorang ooOOO....ha la..dari kecik dok men bola, tp bapak x suka pastu akhirnya dpt men kat MU...haha..terbaikkan.....^^,

Bayangkanla klu ada rakyat Malaysia yg dpt p men kat MU sana tu ataupun men kat mana2 kelab ternama eropah la....BARCA ka...CHELSEA ka...apa2 ja la..mst kita bangga kan...apa2 pun meh kita semua melayan video yg best gila nie hehehehe....




Best x video dia...best kan...kepada adik2 kat luaq sana...ampa jgn smpai x blajaq lak sbb nk men bola mcm RAMLI...dia xpa la dah berjaya..kita punya masa depan kita xtau lagi...jd jgnlah musnahkan masa depan ampa tau...blajaq lek lok k demi mak ayah ampa....depa sentiasa mgharapkan KEJAYAAN ampa semua....^^,


Akhir skali, apa2 pun marilah kita doakan kejayaan SAFEE SALI yg sdg mnjalani latihan bersama kelab CARDIFF CITY kot klu x silap la...smoga dia berjaya men bersama kelab eropah tersebut...dgr kata dia dah boh byk gol masa dok wat latihan kat sana...yg lebih best, dia digelar DAVID BECKHAM MALAYSIA oleh media sana...Tahniah SAFEE SALI!! Semoga berjaya!!






Majulah RAMLI utk MALAYSIA!! hahaha~

Thursday 22 September 2011

Kisah Lucu Yang Perlu Kita Fikirkan~


Lawak jenaka sememangnya menjadi pengubat duka ketika kita sedang bersedih hati. Kisah-kisah lucu mampu untuk membuat kita bergelak ketawa melupakan sebentar kesedihan yang melanda diri kita. 

Saya ingin berkongsi kisah-kisah lucu yang mungkin agak berlainan dari yang biasa kita dengar atau baca


Ambillah sebagai pengajaran.. …….terkadang kita lupa diri kita sebenarnya… apa yang kita nampak ialah keburukan orang lain.

Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke Mid Valley.

Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung. 

Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan 

Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang perpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang. 

Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap. 

Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar. 

Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.

Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,  tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip. 

Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mail layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran. 

Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman,berpikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa. 

Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai lewat email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering mesti berpikir dua-kali. 

LUCU TAK?


Sumber: http://mediaserius.com

Sekadar Renungan Bersama..... ^^,

✿ CINTA -✿◠‿◠˙·Ù •●


Benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..?? Salah ka merisik..?? Tak salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm..

untuk Adam..
andai mahu mencari hawa..


1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..



3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk Hawa..
andai mahu menerima cinta adam..


1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..



3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..

sekadar renungan bersama..^^

wallahua'lam

~copy dr I love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW~



"Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)"

Tuesday 20 September 2011

Ibu...Mak...Mama...Mummy...Mother~


: Ohh..ibu...

Orang kata aku lahir dari perut mak...

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak

Bila lapar, yang suapkan aku.... mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak

Bila nak bermanja, aku dekati....... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan ..... mak

Bila sedih, aku mesti talipon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak

Yang selalu berleter kat aku... mak

Yang selalu puji aku.... mak

Yang selalu nasihat aku...... mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari..... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu... aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah kisah ini kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu

2-4 orang : Kamu sayang ibumu

5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu

10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu
 
p/s: from someone that really LOVE his/her Mother..... ^^,

Saturday 17 September 2011

Pilihan Hati~ "mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak"

Assalamualaikum w.b.t...sahabat2, kita bacalah dahulu barulah kita tahu isinya.... ^^,

: Kasih ibu tiada bandingan...begitu juga nasihatnya...
 
Saya bertanya kepada emak, “mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” saya menarik nafas dalam-dalam.“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
“Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..” mak menyusun ayat-ayatnya.
“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung, “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”Mak menyambung lagi, “Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..”Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..Mak menyambung, “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika.

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.“Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu,” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.
Emak ketawa kecil.

“Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak..” Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.“Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai.

“Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak.Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak.Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya.

Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.“Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya,” emak berhenti seketika
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
“Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.
Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.”
“Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.
Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.”
“Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu..

Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur,” sekali lagi
berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara,” emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

:'(

p/s: copy from someone but dont know who...thanks to him/her ^^,

Friday 16 September 2011

Selamat Berjaya utk FINAL Exam sahabat2 semua~

Khas utk semua sahabat2 yg mengenali serta mereka2 yg nk ambil apa2 exam sekalipun~

~UPSR~

~PMR~

~SPM~

~STPM~

~DIPLOMA~

~DEGREE~

~LESEN MEMANDU....hehe~

: gmb penuh maksud tersurat n tersirat!!


~Kamu semua adalah yg TERHEBAT!!!

~Lakukan yg TERBAIK~

~Buktikan keMAMPUan kita~

~Semoga mendapat keputusan TERCANTIK~

~KITA HEBAT!!~

Sunday 4 September 2011

Modenas 125 a.k.a Dinamik ~ bangga jadi rakyat MALAYSIA ~

assalamualaikum semua sahabat2....

kali ni aku x dpt tahan lg....pasai apa...pasai moto la....baqu2 ni aku kuaq mlm raya ke bpa ntah dgn mber aku p tgk wyg...mlm tu jgak aku nmpk 1 bijik moto ni mcm 125 bunyi dia tp slow sket....bkn kelajuan slow tp bunyi dia la....pastu mber aku sorg tu bgtau la yg tu sbenaqnya moto dinamik@modenas125...aku heran jgak la...modenas ada kuaq moto mcm tu??? dia kata murah ja....mmg murah sgt la sbb yg ori punya pun rm5k mcm tu la..murah dari 125zr la...perrhhhh!! lepaih tu td aku cari la artikel pasai dinamik@modenas125 nie....aku tgk kat google...mmg style gak la moto ni...awat la aku xtau lgsung pasai moto nie....lepaih tu aku tgk youtube video pasai  dinamik@modenas125 nie....dari malaysia video ni xda pun.....padahai daqi luaq negara punya la byk smpai viewers dia mencecah ratusan ribu la...sbb moto ni lebih femes kat luaq sana mcm kat negara greece...fuuhhhh...time ni baqu aku nk rasa bangga jd anak malaysia....rasa bangga sket kat modenas nie....

rupa2nya..apa yg aku tau moto ni dlu xdpt smbutan lgsung sbb ada saingan dia dgn yamaha 125z...so pengeluaran dia pun dihentikan....namun skang ni aku tgk semakin banyak plak org dok guna moto dinamik@modenas125 ni ataih jalan...aku pun dah jd teringin dah....almaklumla murah kan....so, gambaq2 dia ampa smua leh tgk kat bawah nie la....










style kan...smart2 la jgak...klu modified ni lg smart oooo...yg bestnya....moto nie leh smpai 180km/h tu..x cy tgk video nie....leh challenge dgn yamaha125z dan 135LC tu.......ok la...smpai sini ja...nk kena study lak...apa2 info yg lebih, ampa leh tgk dekat link ini...ini...dan in...... hahahaha......------------>

http://www.arenakereta.com/modenas-125-adalah-modenas-dinamik-dan-masih-dijual/

http://www.mudah.my/Modenas+Dinamik-11226945.htm

http://www.modenas.com.my/v2motorcycle.asp?id=46

http://ayisy.blogspot.com/2010/09/modenas-dinamik-dan-ct110-review.html


ini plak video dia yg style2....-------->


http://www.youtube.com/watch?v=EC4iPeVqp8w&feature=player_embedded

http://www.youtube.com/watch?v=EYlnnv0ixA4&feature=related

p/s: klu bleh ampa tgk la link yg aku bg kat ataih tu sbb tu yg tu link pling style aku ada...klu dok dgq aku merapu mesti xbest kan heheh...thanks a lot kat links tersebut....

...Follow me if you get something new from this blog...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...