Assalamualaikum w.b.t...sahabat2, kita bacalah dahulu barulah kita tahu isinya.... ^^,
 |
: Kasih ibu tiada bandingan...begitu juga nasihatnya... |
Saya bertanya kepada emak, “mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.
“Pilihan
hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” saya menarik nafas
dalam-dalam.“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak
diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.Rasanya mak dapat menduga
apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya
mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak
mampu membacanya.
“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
“Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..” mak menyusun ayat-ayatnya.
“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Mak
menyambung, “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama
mencari redha Allah..”Mak menyambung lagi, “Begini, setiap insan yang
bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin
dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh
ada daya tarikan magnet tu..”Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak
dapat mengesan gelora jiwa muda ini..Mak menyambung, “Setiap manusia
telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.
Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika.
Saya
tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak
nampak.“Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar
surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal.
Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak
bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami
mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima
balasan cinta tu,” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak,
semakin berminat dengan kisah lama mak..“Mak memang tak ada perasaan
lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.
Emak ketawa kecil.
“Walaupun
mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk
mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti
rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak..” Mak memandang saya
sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut
di kepala saya.“Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang
bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil
mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an
tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis
dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar
kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak
jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai.
“Selepas
itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu
nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak.Ada
getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah
dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu
inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika
berjuang di sekolah dulu.
“Mungkin kerana
personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila
mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada
tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak.Mak ayah berdosa
tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si
lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka
pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang
bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar
fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas
syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya.
Saya
diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.“Jatuh cinta
perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada
sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita
jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak
akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling
cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita
berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.
Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang
kita akan dikahwinkan dengannya..”
Tiba-tiba air
mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.Emak
meneruskan, “Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya.
Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu
sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan
yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya
memilikinya.Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara
satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara
perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada
batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi,
tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan
seorang lelaki dan seorang perempuan.
Cuba renungkan,
kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan
rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan
lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah
antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha
Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari
redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk
kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya,” emak berhenti
seketika
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
“Jadi
di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan
berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki
lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada
orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena
perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh
cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.
Kita
beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana
itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita,
segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah
kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau
sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci
sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.”
“Hati kita
ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak
mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu
kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang
kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita,
itulah nikmat lazatnnya bercinta.
Masa tu biarpun satu
dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat
bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari
bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan
lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta
dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta
Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.”
“Walau
siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati
yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang
kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak,
lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap
insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin
kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia
bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang
ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu
sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu..
Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur,” sekali lagi
berjuraian
air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.Emak menarik
tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah
didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak
serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia
pelihara,” emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata
yang mengalir ke bahu saya.
:'(
p/s: copy from someone but dont know who...thanks to him/her ^^,